Mei 2026 | Sebelum majis kenduri tahlil bermula pukul 2.30 petang, kakak kata nak makan dulu makanlah. Baiklah, kita pun makan dulu sebabnya nanti nak kena gerak awal juga nak hantar anak dia ke Politeknik Shah Alam. 

Alang-alang kami nak balik tu, singgahlah kejap Shah Alam hantar anak buah sekali kan. Tak payah susah-susah naik bas. 

Kenduri Tahlil Untuk Arwah Dan Berkongsi Rezeki

Saya ambil nasi sikit, daging masak lemak cili api, sayur tempe sambal jawa, ayam kicap dan sayur ulam salad. Disebaliknya ada sambal belacan menyorok. Lepas tu baru makan spaghetti carbonara.

Kenduri Tahlil Untuk Arwah Dan Berkongsi Rezeki

Antara hidangan yang sempat saya ambil gambar. Tak sempat ambil gambar sup tulang daging korban sebab masih lagi dalam periuk besar. Banyak lagi makanan yang dihidangkan. Lauk pauk, nasi dan spaghetti masak sendiri. 

Air pun buat sendiri. Kuih muih dan hidangan tambahan tu order je. Buah-buahan pula beli buah limau. Senang nak sediakan untuk tetamu..

Kakak punya jemputan macam nak jemput kenduri kahwin. Ramai ye lebih kurang bajet dia 1000 orang tetamu. Bukan main teruja nak buat kenduri tahlil untuk arwah keluarga kami dan keluarga abang ipar. 

Kenduri Tahlil Untuk Arwah Dan Berkongsi Rezeki

Ramai orang kampung, keluarga, saudara mara yang datang memenuhi jemputan dan memeriahkan majlis. Bersedekah berkongsi rezeki korban tahun ni.

Semoga Allah SWT menerima amal ini dengan segala keberkatan dan menyampaikan pahala bacaan kepada arwah, serta mengurniakan keampunan dan rahmat kepada mereka dan kami yang masih hidup.

Kenduri Tahlil Untuk Arwah Dan Berkongsi Rezeki
Matcha strawberry lah sangat.

Tetamu juga tak pulang dengan tangan kosong. Kakak juga sediakan doorgift untuk mereka yang hadir. Air kotak dan jajan. Itu yang pulun buat sampai tengah malam sebab 1000 pax kan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriahnya tetamu datang. Syukur makanan cukup.

Saya balik awal sikit. Tapi taklah awal sangat sebab nak kena hantar anak buah dulu dan kemudian teruskan perjalanan balik rumah. Tak dapatlah nak menolong mengemas semua. Ampunn...Gerak luu apa apa rojerrrr

Kami pun dah berkampung 3 hari 2 malam di Sungai Besar dan Sabak Bernam. Berakhirlah sudah perjalanan bermusafir kami 6 hari 5 malamdari hari Sabtu sampai Khamis. Alhamdulillah perjalanan lancar selamat sampai ke setiap destinasi dan Allah permudah segala urusan.